Pendaftaran Akaun

Minimum 8 huruf

Pastikan bermula dengan kod dail negara. Contoh: 60123456789


Terma & Syarat

Saya sebagai bakal ejen affiliate, telah BERSETUJU untuk mematuhi segala syarat dan terma program affiliate di laman web ini.


Terma dan Syarat Ejen Affiliate

1. Pendaftaran Ejen

1.1 Ejen mesti berdaftar melalui borang rasmi yang disediakan.

1.2 Saya mengakui bahawa segala butiran yang saya daftarkan di atas adalah butiran yang tepat dan sah.

1.3 Semua maklumat yang diberikan semasa pendaftaran mestilah tepat dan benar.

1.4 Pihak syarikat berhak menolak atau membatalkan pendaftaran tanpa memberikan sebab.


2. Tanggungjawab Ejen

2.1 Ejen bertanggungjawab mempromosikan produk syarikat secara profesional dan etika.

2.2 Tidak dibenarkan menggunakan maklumat palsu atau mengelirukan dalam pemasaran.

2.3 Segala kandungan pemasaran mesti mendapat kelulusan pihak syarikat jika diperlukan.

2.4 Saya berjanji tidak akan menggunakan nama-nama organisasi, trademarkcopyright, golongan professional dan apa jua bentuk nama yang dilindungi dalam aktiviti promosi saya.

2.5 Saya berjanji tidak akan menggunakan sebarang bahan promosi yang boleh merosakkan nama perniagaan laman web ini.


3. Komisen

3.1 Komisen akan diberikan berdasarkan setiap jualan yang berjaya melalui kod rujukan atau pautan affiliate ejen.

3.2 Kadar komisen adalah Rm15 untuk daripada setiap unit jualan.

3.3 Pembayaran komisen akan dibuat selepas pengesahan jualan ( akan di update dari masa ke semasa).


4. Penyalahgunaan dan Pelanggaran

4.1 Ejen dilarang menggunakan cara tidak sah seperti spam atau penipuan untuk mendapatkan jualan.

4.2 Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan pembatalan status ejen serta kehilangan komisen yang belum dibayar.


5. Penamatan Status Ejen

5.1 Pihak syarikat berhak menamatkan status ejen pada bila-bila masa tanpa notis awal jika berlaku pelanggaran terma dan syarat.

5.2 Ejen boleh memilih untuk menamatkan kerjasama dengan memberikan notis online kepada pihak syarikat.


6. Pindaan Terma dan Syarat

6.1 Pihak syarikat berhak mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa dengan pemberitahuan.

6.2 Ejen akan dianggap bersetuju dengan pindaan jika terus mempromosikan produk selepas perubahan diumumkan.


7. Sokongan dan Bantuan

7.1 Ejen boleh menghubungi pihak syarikat untuk bantuan atau pertanyaan melalui WhatsApp 01110241027 

7.2 Sebarang isu teknikal berkaitan pautan atau kod rujukan mesti dilaporkan segera.


Dengan menghantar butiran pendaftaran ini, saya akan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan laman web ini.